Online Business As A Student

Bismillahirrahmanirrahim.


“Aku nak buat bisnes, tapi aku tak tau nak buat bisnes ape”, “ aku student, macam mane aku nak buat bisnes?”, “kalau aku buat bisnes boleh untung ke?”, “bisnes apa ea yang sesuai?”, “student??? Boleh ke kalau nak buat bisnes?”, “macam-macam bisnes dah nak try buat, tapi bila nak buat banyak pulak halangan”, “aku takde modal, macam mana aku nak mulakan bisnes aku ni?”, “bisnes kalau nak mula kena ada banyak duit dulu, jadikan modal”, “nanti dululah, aku student lagi”, “aku banyak masa lebih, tapi aku tak banyak duit lebih”, “dah hujung sem ni, kenapa duit macam tak cukup je ?


Pernah tak korang terfikir dialog yang macam aku tulis kat atas tu. Mesti ada kalau kau seorang student yang ada salah satu dari ciri-ciri kat bawah ni:


·         Student

·         Baru jadi student

·         Dan still akan jadi student 2 atau 3 tahun lagi

·         Dah nak abis jadi student

·         Takde bisnes lagi

·         Minat nak berniaga


Saya mula Online Business semenjak tahun 2018 (mungkin awal lagi tapi tak berapa ingat sangat). Masa tu baru lepas habis SPM 😊

Business pertama, saya jual tudung online. Zaman tu instagram dan carousell adalah medium utama saya 😊

Saya dropship dari seller instagram. Ambil gambar daripada seller yang saya dropship tu, promote di instagram & carousell saya dan apabila ada orang tempah, saya tempah dengan seller ig dan post terus pada pelanggan.

Masa tue seingat saya, saya tak dapat nak kerja luar seperti rakan-rakan lain, kerja KFC la, MCD, kerja di kedai baju, speedmart, jadi sementara tunggu keputusan SPM bosan jugak la kan tak dapat nak kerja, jadi saya ambil inisiatif untuk berniaga online.

Best apa buat business guna phone dari rumah jer, saya pun dulu dropshipper juga seperti rakan-rakan. Duduk pakai phone je berniaga hehe… 

Walaupun saya seorang dropshipper, saya jadi dropship dengan bersungguh-sungguh, saya serius sampai saya sanggup terus berniaga sampai sekarang 2021, dah tiga tahun berniaga… anda sanggup ke? hehe…

Saya dropship macam-macam produk, antaranya jual tudung, chocojar, dan surprisebox. Lepas dah tu, tahun 2020 saya dah tak buat dropship dah, saya buka business saya sendiri. Keluar modal beli stok sendiri, buat diri sendiri jadi bos hahaha.. Lepas dah lama jadi dropship, saya dapat idea untuk memulakan perniagaan sendiri dan tak bergantung pada orang lain. Business pertama saya - surprisebox. Di mana saya menyediakan pelbagai surprisebox yang menarik untuk dijadikan hadiah birthday tak kira sama ada untuk kawan baik, pasangan suami isteri, boyfriend girlfriend, mak ayah gitu lah hahaha. Alhamdulillah berkat usaha saya, dengan business online surprisebox saya ini sahaja, saya mampu menjana duit sendiri sebanyak  5 angka dalam masa 3 bulan sahaja selepas memulakan perniagaan sendiri. Alhamdulillah rezeki. 


Instagram business saya - @surprisebox_ipoh



 KLIK SINI jika nak tengok2 hehe… zaman awal 2018, kalau ada 100 followers dah gempak la, sekarang dah masuk tahun ketiga berbisnes, ramai dah yang kenal..syukur 😄


               Antara koleksi surprisebox yang saya tawarkan. Perfume victoria secret tu sentiasa jadi best seller, tiap minggu mesti habis & restock😆😘





Happy customer dapat hadiah birthday daripada kawan baik dia😆😂


Dapat hadiah pemberian dari tunang pula 😍😂


ANTARA FEEDBACK DARI CUSTOMER SAYA 👇👀










Kalau korang nak tengok lebih banyak variasi hadiah berserta harga jemput lah tengok website business saya ni 👇


Nampak macam best kan berbusiness, dapat jana pendapatan sendiri tanpa bergantung harap dengan duit parents. Namun, berbeza dengan bekerja makan gaji, bisnes memerlukan komitmen dan disiplin diri yang sangat tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.

Akan tetapi, berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana. 

Kesimpulan saya, pandai akademik tidak semestinya lulus ujian kehidupan yang sebenar. Apabila seorang pelajar memiliki bisnes, dia akan dapati orang yang 'bijak akademik' tidak sama dengan orang yang 'bijak berniaga'.

Mempunyai bisnes ini juga mampu meningkatkan keyakinan seorang pelajar di sekolah. "Untuk berjaya tidak semestinya kita perlu bijak dalam akademik tetapi ilmu supaya bijak dalam kehidupan itu jauh lebih penting."

Sekian sahaja perkongsian, terima kasih sudi membaca.

Comments

  1. You are a hardworking and inspiring learner. Your business items are clean, tidy, and beautiful. I hope that many people would buy from you and support you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much. It really made my day. May God always blesses you.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts