Lunch di Nifayyi Warung Kafe @ Ipoh
ASSALAMUALAIKUM w.b.t & salam sejahtera :)
BAGAI orang mengantuk disorongkan bantal apabila family tetiba ajak makan di Nifayyi tengah hari tadi
Wowww.. betul ni? Jomlaaa...
Bila dah masuk ruang cafe ni korang akan terpukau dengan keindahan dan konsep kehijauan yang ada kat sana. Masa Liana masuk tu rasa tenang sangat dengan reka bentuk restoran dan cafe yang sangat cantik kemas dan memberi ketenangan untuk makan.
Dah berapa perenggan ni Liana cerita pasal tempat ini sahaja tak habis lagi banyak lagi nak cerita tapi matlamat utama nak kongsi ngan korang makanan yang ada kat sini mesti korang tertanya-tanyakan. Makanan di sini diilhamkan daripada masakan Western dan Asia kegemaran rakyat Malaysia. Paling penting masakan kat sini tiada menggunakan bahan kimia dan juga tiada MSG jadi korang boleh rasa keaslian masakan tersebut.
NIFAYYI'S SIGNATURE GRILL CHICKEN CHOP
with both sauces in mushroom and blackpepper sauce, served with a side of house salad & fries
GRILL CHICKEN CHOP, pembuka hidangan yang wajib bagi kami. Memang sedap sangat dan betul-betul membuka selera. Kepingan chicken chop rangup dan isi ayam yang tebal yang diselimuti sos blackpeper & mushroom yang enak.. Sampai tak boleh berhenti menyuap ke mulut.
SPAGHETTI CHICKEN & MUSHROOM CARBONARA
consisting of long thin strands of pasta with ham slices and a creamy carbonara sauce
CREAMY MUSHROOM SOUP
serve with toasted bread and butter spread
NASI AYAM PENYET
fried chicken dish consisting of fried chicken that is smashed with the pestle against mortar to make it softer, served with sambal, slices of cucumbers, fried tofu and tempeh.
CHAR GRILL CHICKEN CHOP SPAGHETTI AGLIO OLIO
This dish is made by sautéing sliced garlic in olive oil, sometimes with the addition of red pepper flakes, or anchovies.
Kalau nak tengok Menu atau harga boleh klik link bawah ni :
5 menu ni kami kongsi berempat, memang tak habis tapi sedaya upaya dihabiskan. Makan slow-slow sambil layan panorama.. hahaha. Nak tengok muka ai tak? kikiki tak lengkaplah cerita kalau muka penulis tak keluar. hihi
TOTAL REVIEW
Overall, sis sangat-sangat recommend korang untuk menjamu selera di Nifayyi. Sekali sekala tukar lidah Western pulak, takde lah boring kan. So kalau bawak parents pun ok je. Sis cadangkan korang yang nak datang ke Nifayyi, sila datang berjemaah sebab majoriti menu-menu yang dihidangkan mempunyai portion yang agak besar, sesuai dinikmati 3 orang ke atas. Kalau tak, memang tak habis dan membazir. Unless kau memang sejenis perut Giant dan Doraemon.
Kesimpulannya.. sedap sangat. Harga pun affordable, tak mahal dan tak murah, sederhana la, tapi makanan sedap apa salahnya sekali sekala kan. Selain pasta ada juga burger dan pizza. Hajat nak makan pizza tak kesampaian bila memikirkan siapa yang nak makan banyak-banyak, hahaha. Next time kita cuba ye. Lai lai lai siapa nak belanja ai call ya! hihi 😉
Sekian sahaja perkongsian, tata titi tutu.
Wah menariknya cerita tentang nifayyi ni..terbaik
ReplyDeletehehehe kann, terima kasih
DeleteWow! It appears to be a beautiful place to eat. With your writing, you made this place appear quite interesting.
ReplyDelete